APA ITU G-SPOT
ANATOMI G-SPOT
Sebelum melakukan hubungan seks,
sewajarnya setiap pasangan bermesra atau berasmara dalam tempoh tertentu supaya
kedua-duanya sama-sama naik ghairah. Seperti lelaki, wanita juga mempunyai
kawasan yang amat sensitif dengan rangsangan yang dikenali sebagai G-Spot.
G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan
misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama. Wanita akan
memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak
hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya. Kawasan ini dinamakan G-Spot
sempena nama Dr
Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita
mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu
dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga
mengeluarkan sejenis cecair.
Menurut
kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan
terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga
mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di
antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah
lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme
yang cukup nikmat.
Cecair Yang
Dikeluarkan
Cecair yang dikeluarkan akibat rangsangan
itu berasal dari uretha dan ianya bukanlah air kencing. Ia dihasilkan oleh
benjolan 'skene' yang mengelilingi uretha yang berfungsi sepertimana prostat
lelaki. Apabila wanita terangsang atau sedang merasai kenikmatan, dia boleh
menghasilkan sejenis cecair. Jumlah cecair yang dikeluarkan itu antara satu
sudu teh hingga boleh membasahi tilam. Namun, rasa cecair ini bergantung kepada
kedudukan hari dan bulan. Boleh jadi rasanya manis hingga pahit.